Assalamualaikum , Haii ..
Realiti manusia melakukan kesalahan.
Siapa yang tak pernah melakukan kesilapan kan ? Kadang-kadang kesilapan yang kecil tu dah mampu mengubah persepsi seseorang terhadap diri kita . Bak kata orang buat silap sekali selamanya orang ingat tapi lupa pulak semua kebaikan yang penah dilakukan.
Kesilapan boleh memusnahkan kepercayaan . Boleh menyebabkan hubungan kekeluargaan mahupun hubungan persahabatan terjejas. Belajarlah untuk memaafkan dan memberi peluang. Bukan menyindir atau mencela . Menegur adalah lebih baik daripada menilai .Jangan terus menghukum manusia hanya kerana kesilapan lalunya .
Nota untuk diri sendiri : Belajar untuk jadi lebih baik dari hari ini dan seterusnya . :)
Najihah
nice entry aten!!!!!!! wiwiiw
ReplyDelete