Nuffnang

Thursday, January 28, 2016

Realiti Manusia







Assalamualaikum , Haii ..

Realiti manusia melakukan kesalahan.
Siapa yang tak pernah melakukan kesilapan kan ? Kadang-kadang kesilapan yang kecil tu dah mampu mengubah persepsi seseorang terhadap diri kita . Bak kata orang buat silap sekali selamanya orang ingat tapi lupa pulak semua kebaikan yang penah dilakukan.

Kesilapan boleh memusnahkan kepercayaan . Boleh menyebabkan hubungan kekeluargaan mahupun hubungan persahabatan terjejas. Belajarlah untuk memaafkan dan memberi peluang. Bukan menyindir atau mencela . Menegur adalah lebih baik daripada menilai .Jangan terus menghukum manusia hanya kerana kesilapan lalunya .

Nota untuk diri sendiri : Belajar untuk jadi lebih baik dari hari ini dan seterusnya . :)

Najihah


Monday, June 1, 2015

Do It Yourself #Obsesi




Image result for cute phone cases for iphone 5



                                  Assalamualaikum

Obsesi merupakan satu perasaan yang menghantui fikiran seseorang . Macam diri Fatin sendiri , Fatin terlalu obses dengan phone cases . Yes phone cases .. Pantang nampak je dah mula laa gatal tangan ni nak membelinya . Kena pulak yang comey comey gitu , memang naik hantu nak beli beli dan beli .

Minat Fatin terhadap phone case ni terhad sebabnya setiap kali pegi cari phone case tu .. akan jadi situasi macam ni ...

                                     *************

.......... Cik ? ... phone case untuk Zenfone 5 ada tak ? .......
.....................................*tuan kedai cari2*.................................................................

...........Ohh maaf laa , takda laa cik .
 
                                    **************

   Ya susah benar nak cari case untuk phone Asus ni kat tempat Fatin . Kalau ada pun yang biasa biasa dan tak menarik hati T-T . Plus harga dia mahal kat sini . Fatin pun balik dan fikir macam mana nak ada case yang berbagai sehingga satu pagi tu Fatin dapat idea . Hahaha -,- .

Maka dengan itu lahirlah satu idea untuk buat DIY phone case ni ;D .

Things that u need :

* Blank phone case (yang lutsinar tu oke)
*  A4 Paper
* Design (boleh ambik dalam encik gooogle atau buat sendiri guna gambar dan kertas yang bercorak)
* Gunting


Cara-caranya :

1 . Cari gambar yang kita berminat untuk dijadikan background atau wallpaper phone case tu.
2. Then print gambar tu mengikut saiz phone case , kalau besar sikit pun takpa . Boleh gunting je sampai betul betul mengikut saiz phone case kita .
3. Setelah siap gunting ikut saiz kita kena buat lubang untuk kamera ,speaker etc ..
4. Ambik kertas yg kita dah gunting siap tu dan letakkan dalam blank phone case .
5. Tadaaa . Dah siap pun DIY phone case . :D

Fatin boleh aplikasikan macam macam design dan corak dengan cara ni ditambah lagi cara ni menjimatkan kos . Tak perlu keluar banyak duit pun tapi phone kita still boleh nampak gojess gituu . ;) .. Bila dah bosan dengan design ni boleh tukar dengan design lain . Jimat bukan ?


Image result for diy phone case  <3


Image result for diy phone case using print paper


Image result for diy phone case using print paper  Tadaaa ... comel kan ? boleh design sendiri dan rasa lebih puas :*

Actually banyak lagi cara untuk buat DIY phone case ni . Ni merupakan cara yang mudah yg boleh dibuat oleh kawan-kawan .

Selamat mencuba yaa ! :D

Secebis rasa oleh
Nur Fatin Najihah Muhamad Fazilan  <3